Tuesday, 5 July 2011

PAPAN SUIS UTAMA

Pengenalan
Papan suis utama (PSU) atau Main Switch Board (MSB) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-diagihkan ke bahagian-bahaigian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan.
Di dalam papan suis utama (PSU) inilah terdapat perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON dan OFF. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangannya di tempatkan disini.
Peranan,saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang handak dikawalnya. Pada umumnya, terdapat 3 jenis PSU yang biasa digunakan, iaitu”

v  Jenis melekat

v  Jenis Padestal

v  Jenis Cubicle